fbpx

The Copier Guy

Ukuran Saiz Kertas Yang Digunakan Oleh Mesin Fotostat

Ukuran Saiz Kertas Utama Yang Digunakan Mesin Fotostat

Tahukah anda bahawa kertas fotostat dihasilkan dalam pelbagai saiz yang diperlukan untuk pelbagai kegunaan seperti faks, pengimbasan atau pencetakan?

Ketahui Lebih LanjutFotokopi Vs Imbasan: Apakah Perbezaannya

Walau bagaimanapun, piawaian untuk ukuran saiz kertas wujud di pelbagai negara dan pada tahun yang berbeza. Ini menyebabkan terdapatnya ukuran kertas yang berlainan piawaian dan menimbulkan banyak kekeliruan.

Kebanyakan mesin fotostat di Malaysia menggunakan ukuran kertas yang mengikut piawaian antarabangsa dalam sistemnya. Ini dapat mengurangkan kekeliruan dan membantu dalam menyeragamkan ukuran kertas yang dibekalkan di pasaran.

Mari kita terokai saiz kertas yang mengikut piawaian antarabangsa yang sering digunakan di Malaysia.

Baca Juga: Panduan SOP Penggunaan Mesin Fotostat

Saiz Kertas Piawaian Antarabangsa

Piawaian saiz kertas antarabangsa ialah ISO 216 dan pada asalnya berdasarkan piawaian DIN 476 Jerman.

Dokumen ISO 216 menetapkan piawaian antarabangsa untuk pengukuran kertas di kebanyakan negara di seluruh dunia, kecuali di Kanada, Amerika Syarikat, Mexico dan Republik Dominican.

Saiz kertas yang biasa digunakan di peringkat antarabangsa terdiri daripada TIGA siri utama iaitu Siri A, Siri B dan Siri C.

Ukuran Saiz Kertas Siri A

Saiz kertas siri A adalah salah satu saiz kertas yang paling biasa digunakan untuk di pejabat untuk menghasilkan dokumen, laporan dan pembentangan.

Saiz kertas berkurang dalam dimensi apabila beralih ke nombor yang lebih tinggi sehingga nombor tertinggi pada skala, iaitu A10. Ini bermaksud saiz kertas A0 adalah paling besar, manakala A10 mempunyai saiz kertas paling kecil.

Sehelai kertas dalam siri A, apabila dilipat dua, akan menghasilkan saiz seterusnya yang lebih kecil. Contohnya, saiz kertas A3, apabila dilipat separuh, akan menjadi saiz kertas A4.

Jadual Ukuran Saiz Kertas Siri A (mm & inci)

NamaUkuran Kertas (mm)Ukuran Kertas (inci)
A0841 x 1189 mm33.1 x 46.8 in
A1594 x 841 mm23.4 x 33.1 in
A2420 x 594 mm16.5 x 23.4 in
A3297 x 420 mm11.7 x 16.5 in
A4210 x 297 mm8.3 x 11.7 in
A5148 x 210 mm5.8 x 8.3 in
A6105 x 148 mm4.1 x 5.8 in
A774 x 105 mm2.9 x 4.1 in
A852 x 74 mm2.0 x 2.9 in
A937 x 52 mm1.5 x 2.0 in
A1026 x 37 mm1.0 x 1.5 in

Model Mesin Fotostat Yang Menyokong Saiz Kertas Siri A

Ini adalah senarai mesin fotostat Ricoh & Fuji Xerox yang menyokong pelbagai saiz kertas siri A.

Model Mesin FotostatSaiz Kertas Yang Disokong
Fuji Xerox DocuCentre – IV C5570 / C4470 / C3370A5, A4, A3
Fuji Xerox DocuCentre – IV 3065A5, A4, A3
Fuji Xerox DocuCentre – V C3375 / C4475 / C5575A5, A4, A3
Fuji Xerox DocuCentre – VII C3373 / C4473 / C5573A5, A4, A3
Fuji Xerox ApeosPort – V C5575 / C3375 A5, A3
Fuji Xerox ApeosPort C7070 / C6570 / C5570 / C4570 / C3570 / C3070A5
Ricoh Aficio MP 2555SP / 3055SP / 3555SPA3, A4, A5, A6
Ricoh Aficio MPC 3003 / 3503 / 4503 / 5503A3, A4
Ricoh MP 3554SPA3, A4, A5, A6
Ricoh MP 5054SPA3, A4, A5, A6
Ricoh MP C3004 / 5504A3, A4, A5, A6

Jika anda sedang mencari mesin fotostat yang menyokong saiz kertas siri A yang anda perlukan, sila hubungi kami untuk pertanyaan mengenai mesin fotostat di senarai ini.

Jadual Ukuran Saiz Kertas Siri B

Saiz kertas siri B dicipta untuk menyediakan pilihan saiz lain yang tidak diliputi oleh Siri A.

Inilah sebabnya saiz kertas siri B berada di antara 2 saiz siri A. Contohnya, saiz kertas B4 terletak di antara saiz A3 dan A4. Jika anda memerlukan saiz kertas yang lebih kecil daripada A3, tetapi lebih luas berbanding A4, anda boleh mengunakan saiz kertas B4.

Siri B juga mengikut konsep yang sama seperti siri A dimana saiznya mengecil ke saiz seterusnya apabila dilipat dua. Contohnya, saiz kertas B3 ialah separuh daripada B2, B2 ialah separuh daripada B1, dan seterusnya.

Jadual Ukuran Saiz Kertas Siri B (mm & inci)

NamaUkuran Kertas (mm)Ukuran Kertas (inci)
B01000 x 1414 mm39.4 x 55.7 in
B1707 x 1000 mm27.8 x 39.4 in
B2500 x 707 mm19.7 x 27.8 in
B3353 x 500 mm13.9 x 19.7 in
B4250 x 353 mm9.8 x 13.9 in
B5176 x 250 mm6.9 x 9.8 in
B6125 x 176 mm4.9 x 6.9 in
B788 x 125 mm3.5 x 4.9 in
B862 x 88 mm2.4 x 3.5 in
B944 x 62 mm1.7 x 2.4 in
B1031 x 44 mm1.2 x 1.7 in

Model Mesin Fotostat Yang Menyokong Saiz Kertas Siri B

Kertas siri B juga banyak digunakan dalam kebanyakan mesin fotostat yang terkini seperti model berikut.

Model Mesin FotostatSaiz Kertas Yang Disokong
Ricoh Aficio MP 2555SP / 3055SP / 3555SPB4, B5, B6
Ricoh MP 3554SPB4, B5, B6
Ricoh MP 5054SPB4, B5, B6
Ricoh MP C3004 / 5504B4, B5, B6

Jadual Ukuran Saiz Kertas Siri C

Kertas siri C digunakan terutamanya untuk sampul surat dan dimensinya ditentukan oleh Piawaian Antarabangsa ISO 269.

Kertas siri C ini tidak biasa digunakan dalam mesin fotostat di pejabat. Oleh itu, kebanyakan mesin fotostat untuk pejabat tidak menyokong saiz kertas ini.

Jadual Ukuran Saiz Kertas Siri C (mm & inci)

NamaUkuran Kertas (mm)Ukuran Kertas (inci)
C0917 x 1297 mm36.1 x 51.5 in
C1648 x 917 mm25.5 x 36.1 in
C2458 x 648 mm18.0 x 25.5 in
C3324 x 458 mm12.8 x 18.0 in
C4229 x 324 mm9.0 x 12.8 in
C5162 x 229 mm6.4 x 9.0 in
C6114 x 162 mm4.5 x 6.4 in
C781 x 114 mm3.2 x 4.5 in
C857 x 81 mm2.2 x 3.2 in
C940 x 57 mm1.6 x 2.2 in
C1028 x 40 mm1.1 x 1.6 in

Ukuran Saiz Kertas Amerika Yang Sering Digunakan

Amerika Utara, yang merangkumi Amerika Syarikat, Kanada, dan bahagian Mexico, adalah satu-satunya kawasan dunia pertama yang tidak menggunakan standard ISO 216.

Mari kita lihat ukuran saiz kertas Amerika yang sangat berbeza dari segi penamaannya di jadual berikut.

Jadual Ukuran Saiz Kertas Amerika

NamaUkuran Kertas (mm)Ukuran Kertas (inci)
Half Letter140 x 216 mm5.5 x 8.5 in
Government Letter203 x 254 mm8.0 x 10.0 in
Letter216 x 279 mm8.5 x 11.0 in
Junior Legal127 x 203 mm5.0 x 8.0 in
Government Legal216 x 330 mm8.5 x 13.0 in
Legal216 x 356 mm8.5 x 14.0 in
Ledger / Tabloid279 x 432 mm11.0 x 17.0 in

ANSI (American National Standards Institute) ialah Institut Piawaian Kebangsaan Amerika, dan ia menetapkan pelbagai saiz untuk kertas, berdasarkan format surat. Spesifikasi termasuk A, B, C, D dan E seperti jadual dibawah.

Jadual Ukuran Saiz Kertas ANSI

NamaUkuran Kertas (mm)Ukuran Kertas (inci)
A216 x 279 mm8.5 x 11.0 in
B279 x 432 mm11.0 x 17.0 in
C432 x 559 mm17.0 x 22.0 in
D559 x 864 mm22.0 x 34.0 in
E864 x 1118 mm34.0 x 44.0 in

Terdapat juga saiz B+ (juga dipanggil A3+, Super A3, atau SRA3) yang mempunyai dimensi 320 x 450mm.

Saiz ini merupakan saiz ANSI B dengan margin 1 inci untuk pencetakan yang merangkumi ‘bleed area’ kertas (bahagian tepi kertas yang biasanya tidak dicetak).

Saiz kertas ini boleh digunakan dengan beberapa model mesin fotostat yang lebih baru.

Model Mesin Fotostat Yang Menyokong Saiz Kertas SRA3

Model Mesin FotostatSaiz Kertas Yang Disokong
Fuji Xerox DocuCentre – IV C5570 / C4470 / C3370SRA3
Fuji Xerox DocuCentre – V C3375 / C4475 / C5575SRA3
Fuji Xerox ApeosPort C7070 / C6570 / C5570 / C4570 / C3570 / C3070SRA3
Fuji Xerox ApeosPort – IV C5575 / C4475 / C3375SRA3
Fuji Xerox ApeosPort – V C5575 / C3375SRA3
Ricoh MP C3004 / 5504SRA3

Kesimpulan

Mesin fotostat yang berlainan akan menampung penggunaan saiz kertas yang berbeza. Pastikan anda mengetahui saiz kertas yang boleh disokong oleh model mesin fotostat yang anda ingin beli/sewa sebelum membuat keputusan.

WhatsApp The Copier Guy untuk mengetahui lebih lanjut model mesin fotostat yang sesuai untuk anda. Kami juga menawarkan pakej sewa mesin fotostat yang menarik untuk anda, serta komited dalam membantu mencari mesin fotostat yang sesuai dengan keperluan anda.

the copier guythe copier guythe copier guy
Get A Quote