fbpx

The Copier Guy

Mesin Fotostat: Lebih Baik Sewa atau Beli?


Mesin Fotostat - Lebih Baik Sewa atau Beli

Mesin fotostat sudah berada di pasaran semenjak tahun 1938 lagi. Sejak perlancarannya, ianya sudah menjadi satu alat kemestian di semua pejabat.

Kebanyakan pemilik bisnes bertarung dengan satu persoalan penting ketika merancang untuk menyertainya ke dalam pejabat mereka.

Patutkah aku beli atau sewa mesin fotostat?

Artikel ini akan cuba sehabis baik dalam membantu anda menjawab persoalan di atas ini.

Kita akan membincangkan kebaikan dan keburukan dalam membeli dan menyewa mesin fotostat untuk kegunaan bisnes anda.

Miliki Mesin Fotostat Secara Pembelian Terus

Sebelum anda bersedia untuk membeli mesin fotostat ini, mari kita pertimbangkan dahulu beberapa kebaikan dan keburukan membeli mesin fotostat.

Kebaikan membeli mesin fotostat

Lebih jimat

  • Membeli merupakan satu pilihan yang lebih bermanfaat (berbanding dengan menyewa) apabila anda merancang untuk menggunakannya untuk tempoh jangka panjang
  • Ia akan membantu bisnes anda untuk mengurangkan kos-kos tambahan seperti servis dan barangan yang boleh dikenakan kos sekiranya anda menyewa

Tidak perlu proses dokumentasi

  • Dengan membeli mesin fotostat sendiri, anda tidak perlu menyediakan dokumentasi seperti maklumat kewangan dan mengisi borang sewaan (yang selalunya perlu diperbaharui berulang kali)
  • Mesin fotostat yang dibeli sendiri akan menjadi asset tetap bisnes anda

Anda dapat fleksibiliti dan kawalan

  • Apabila anda membeli sebarang alat kelengkapan pejabat, anda memiliki hak untuk menggunakannya sesuka hati secara automatik
  • Ini bermakna; anda mempunyai pilihan untuk pergi kepada mana-mana juruteknik atau penyelenggara mengikut belanjawan dan keperluan anda sendiri

Insentif cukai

  • Apabila anda membeli mesin fotostat baru, anda boleh mendapat potongan cukai untuk tahun pertama

Tidak perlu kontrak

  • Membeli sesebuah mesin fotostat membantu mengelakkan anda daripada terikat dengan mana-mana kontrak dengan pihak luar

Peroleh semula pelaburan anda

  • Sekiranya anda bercadang untuk menutup bisnes anda, anda boleh jualkan ia walaupun nilainya mungkin sudah berkurang
  • Mesin fotostat adalah satu keperluan dan tidak sukar untuk mencari pembeli yang inginkan mesin fotostat terpakai

Keburukan membeli sebuah mesin fotostat

Saya setuju bahawa kelebihan-kelebihan dalam membeli mesin fotostat adalah sangat menarik.

Namun, sebelum anda tergesa-gesa untuk membelinya, cuba lihat dahulu antara kekurangan membeli mesin fotostat seperti di bawah ini:

Kos permulaan yang tinggi

  • Mesin fotostat dengan ciri-ciri cetakan khusus boleh mencecah harga ribuan ringgit
  • Kos belanjawan awal dalam membeli walau sebuah mesin fotostat kecil adalah sukar untuk ditampung oleh sesebuah bisnes kecil
  • Dalam kes ini, membeli sebuah mesin fotostat akan menyebabkan kekurangan belanjawan untuk membeli alatan pejabat yang lain

Kos gantian

  • Kos untuk membaiki sesebuah mesin fotostat kadang-kadang boleh menjangkau jangkaan kita
  • Apabila anda sudah membeli sesebuah mesin fotostat dalam beberapa tahun, teknologinya akan ketinggalan zaman, dan ia akan menjadi sukar untuk mendapatkan harga jualan yang anda ingini

Kekurangan penyeragaman

  • Sekiranya bisnes anda mempunyai beberapa cawangan dan setiap cawangan membeli mesin fotostatnya sendiri, ia menjadi sukar untuk anda anggarkan perbelanjaan setiap cawangan
  • Tambahan lagi, sekiranya setiap cawangan menggunakan teknologi mesin fotostat yang berlainan, ianya adalah mencabar untuk menggandakan kos dan prestasi setiap cawangan secara seragam

Sewa Mesin Fotostat Secara Bulanan

Sebelum kita bercerita tentang kebaikan dan kekurangan menyewa mesin fotostat, mari kita periksa dahulu jenis kontrak sewaan yang wujud dalam menyewa mesin fotostat.

Jenis Sewaan Mesin Fotostat

Secara am, sewaan mesin fotostat boleh dikategorikan kepada dua:

1. Sewa Operasi

  • Ini juga dipanggil sebagai sewa nilai pasaran adil kerana ianya mempunyai bayaran bulanan yang rendah
  • Sewa operasi ialah jenis sewaan yang paling diminati oleh bisnes yang suka menaik taraf ke model-model terkini
  • Ini adalah menyewa sebuah peralatan supaya mesin fotostat tidak perlu ditambah ke dalam penyata imbangan penyewa
  • Selepas tempoh tamat, anda selalunya akan ada pilihan untuk membeli mesin fotostat tersebut
  • Harga akan dikira berdasarkan permintaan pasaran, teknologi terkini, kondisi mesin, susutan nilai, dsb.

2. Pajakan modal (sewa beli)

  • Ini adalah jenis sewaan yang kurang permintaannya dan berfungsi seakan-akan seperti pinjaman kewangan daripada sewaan peralatan
  • Bayaran sewaan akan pergi kepada kos mesin, dan mesin fotostat akan dikira di dalam penyata imbangan anda
  • Caj bulanan pada jenis sewaan ini adalah lebih tinggi daripada sewa operasi tetapi ia lebih bermanfaat kepada pemilik bisnes yang bercadang untuk memiliki mesin fotostat tersebut di peringkat akhir

Kebaikan menyewa mesin fotostat

Semasa menyewa mesin fotostat, adalah amat penting untuk anda pertimbangkan jenis sewaan (sewa operasi atau sewa beli) yang bakal anda tandatangani.

Bisnes selalunya akan memilih sewa operasi berbanding sewa beli kerana ianya mempunyai insentif cukai dan bayaran bulanan yang lebih rendah.

Oleh itu, mari kita lihat apakah kelebihan sewa operasi sesebuah mesin fotostat.

Elakkan mesin daripada menjadi tidak relevan

  • Teknologi cetakan akan sentiasa berkembang, dan dalam beberapa tahun, teknologi sekarang akan menjadi ketinggalan zaman
  • Bisnes yang memerlukan ciri-ciri cetakan khusus akan lebih terkesan berbanding dengan  mereka yang hanya memerlukan ciri-ciri asas cetakan
  • Anda sentiasa boleh memilih untuk menamatkan kontrak sewaan anda dan mencari mesin baru dengan ciri-ciri dan teknologi yang lebih maju dalam pasaran

Teknologi yang terkini

  • Seperti yang disebut di atas, teknologi cetakan sentiasa bergerak maju pada kadar tetap. Setiap tahun, pasti ada ciri-ciri baru yang dilancarkan
  • Sewaan membolehkan anda untuk terus kekal relevan dengan teknologi terkini di mana anda boleh menaik taraf peralatan anda selepas tempoh sewaan tamat

Mudah

  • Sewaan membantu bisnes mendapatkan teknologi terbaru tanpa perlu membayar kos awal yang tinggi. Ini adalah satu kelebihan untuk bisnes kecil
  • Syarat-syarat sewaan hanya sah sehingga tempoh sewaan tamat dan tidak akan berubah
  • Selain itu, anda tidak perlu risau tentang penjualan mesin fotostat anda sendiri sekiranya anda bercadang untuk menutup bisnes anda

Kos awal yang rendah

  • Sewaan mesin fotostat membantu bisnes untuk memelihara kredit mereka dengan memperolehi peralatan percetakan canggih dengan kos awal yang rendah
  • Sewaan memberi anda kos tetap bulanan yang telah ditentukan, dan justeru itu, membantu anda merancang belanjawan dengan lebih efektif

Pengurangan kadar cukai

  • Menyewa sesebuah mesin fotostat membolehkan anda mendapat potongan cukai dengan melabelkan yuran sewa bulanan sebagai perbelanjaan operasi

Keburukan menyewa mesin fotostat

Kos perbelanjaan yang lebih tinggi

  • Banyak bisnes tidak sedar bahawa mereka telah membayar jumlah yang lebih tinggi daripada harga mesin photostat pada hujung tempoh kontrak sewaan
  • Malah dalam kes sewa beli, bisnes akhirnya membayar jumlah harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran asal mesin fotostat tersebut

Terikat dengan kontrak

  • Bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS), terikat dengan pelbagai kontrak dalam fasa awal penciptaan syarikat adalah satu penghalangan dalam pembangunan perniagaan
  • Apabila syarikat terus berkembang, keperluan percetakan mungkin berubah
  • Contohnya, semasa fasa awal perniagaan, anda hanya ada 20 orang pekerja. Sebuah mesin fotostat sudah amat memadai dalam situasi seperti ini.
  • Namun, selepas beberapa tahun, jika saiz pekerja meningkat kepada 120 orang, beberapa mesin fotostat mungkin diperlukan untuk menguruskan aktiviti harian di pejabat
  • Sebaliknya juga mungkin berlaku di mana pemilik bisnes tersalah jangka keperluan mereka dan akhirnya terikat dengan mesin fotostat yang terlalu canggih sehinggalah tempoh sewaan tamat.

Kurang fleksibel dan tiada kawalan sendiri

  • Semasa anda menyewa mesin fotostat, fleksibiliti untuk penyelenggaraan dan pembaikan adalah dalam tangan pembekal mesin fotostat.
  • Ini bermakna, setiap kerosakan perlu dilaporkan kepada mereka. Juruteknik mereka akan dihantar mengikut jadual dan kesesuaian mereka.
  • Kebanyakan pemilik bisnes sedar betapa sukarnya untuk menjalankan aktiviti harian di pejabat apabila mesin fotostat tidak berfungsi
  • Jadi, adalah amat penting untuk memilih syarikat pembekal mesin fotostat yang boleh dipercayai

Baca juga faktor yang perlu anda pertimbangkan apabila menyewa mesin fotostat

Patutkah Anda Membeli atau Menyewa Mesin Cetak?

Mesin cetak adalah salah satu alat keperluan yang paling penting dalam pengendalian sesebuah pejabat secara fizikal. Pilihan untuk membeli mungkin tidak sesuai untuk mana-mana syarikat kecil atau bisnes baru dari segi kos. Dalam kes ini, menyewa adalah pilihan yang paling bijak.

Namun begitu, sekiranya syarikat anda hanya inginkan teknologi dan ciri-ciri asas sahaja, membeli adalah pilihan yang wajar dan ia lebih menjimatkan kos dalam jangka masa panjang.

Pilihan anda amat bergantung kepada jenis bisnes dan matlamat dalam buah fikiran anda.

Artikel ini telah membincangkan secara terperinci mengenai kebaikan dan keburukan samada dalam membeli atau menyewa mesin fotostat. Kami harap ianya dapat membantu anda dalam membuat keputusan yang rasional!

Nak tahu lebih lanjut lagi tentang menyewa atau membeli mesin cetak? Hubungi kami sekarang untuk sesi konsultansi sekarang. The Copier Guy menawarkan pakej sewa mesin fotokopi yang kompetitif untuk bisnes di KL & Selangor.

Baca Lagi: Fotokopi Vs Imbasan: Apakah Perbezaannya

Soalan yang Selalu Ditanya Mengenai Pembelian atau Penyewaan Mesin Fotostat

Bolehkah saya pilih untuk membeli mesin fotostat sebelum kontrak sewaan tamat?

Sesetengah pembekal mesin fotostat ada menyediakan pilihan untuk membeli mesin fotostat semasa tempoh sewaan. Ini adalah cara untuk memiliki mesin fotokopi yang disewa pada bila-bila masa semasa dalam tempoh sewaan.

Pihak syarikat penyewa akan menentukan harga pembelian bergantung kepada nilai semasa mesin fotostat dan berapa baki bayaran yang masih tinggal.

Memilih untuk membeli adalah pilihan yang bagus apabila perjanjian sewaan tidak dapat memenuhi keperluan anda.

Berapa lamakah tempoh sebuah kontrak sewaan mesin fotostat?

Ia bergantung kepada syarat kontrak. Secara umum, tempoh sewaan adalah biasanya 24 bulan atau 36 bulan.

Sekiranya anda mahu, anda boleh memilih untuk melanjutkan tempoh sewaan anda.

Perlukah saya membeli insurans untuk mesin fotostat?

Ya, anda disarankan untuk membeli insurans bagi melindungi syarikat anda daripada sebarang tindakan undang-undang. Ini merupakan syarat penting bagi beberapa syarikat penyewaan mesin fotostat apabila anda menyewa dengan mereka.

Insurans mesin fotostat dan mesin cetak akan merangkumi situasi di mana mesin anda musnah akibat kecelakaan atau kemalangan seperti kebakaran, kilat, litar pintas, gempa bumi dll.

Polisi ini juga akan merangkumi kos perbelanjaan guaman dan kos-kos lain yang berkaitan.

Bolehkah saya tambah tempoh sewaan?

Ya, anda boleh. Ia bergantung kepada penyedia servis anda.

Beberapa penyedia servis akan memberi pilihan kepada pelanggan untuk menambah tempoh sewaan.

Jika anda sedang mencari pembekal mesin fotostat, The Copier Guy menyediakan servis sewa mesin fotostat yang berpatutuan. Sila Whatsapp kami. untuk mendapatkan sebut harga.

the copier guythe copier guythe copier guy
Get A Quote