fbpx

The Copier Guy

Cara Menamatkan Perjanjian Sewa Mesin Fotostat (Contoh Surat Penamatan Kontrak Sewa Mesin Fotostat)


Bagaimana Nak Keluar Daripada Perjanjian Sewa Printer mesin fotostat

Penyewaan mesin fotostat bukanlah sesuatu yang baru bagi sebarang bisnes. Sekiranya anda sedang membaca artikel ini, ada di antara anda mungkin sedang tersangkut dengan sebuah mesin fotostat yang tidak lagi memberi faedah kepada perniagaan anda.

Jadi, soalan sebenarnya yang anda inginkan jawapan ialah – Bagaimana nak tamatkan perjanjian sewa mesin fotostat yang tidak lagi sesuai untuk bisnes anda. Betul?

Artikel kami ini akan memperbincangkan tentang bagaimana anda dapat membebaskan perniagaan anda daripada perjanjian sewa mesin fotostat dengan risiko dan impak kewangan yang paling minimum.

Table of Contents

Apakah itu Perjanjian Sewa Mesin Fotostat?

Sebuah persetujuan sewaan mesin fotostat adalah sebuah kontrak perjanjian antara syarikat penyewaan mesin dengan sesebuah perniagaan. Perjanjian ini di kuatkuasakan melalui undang – undang.

Syarikat penyewa membenarkan perniagaan/bisnes untuk menggunakan mesin fotostat mereka dan mengenakan caj sewaan bulanan. Tempoh perjanjian sewaan selalunya adalah selama satu hingga tiga tahun.

Ada juga di antara penyedia sewaan ini menawarkan pilihan kepada syarikat yang menyewa untuk membeli mesin tersebut di akhir tempoh sewaan.

Teknologi cetakan semakin maju hari demi hari, dan semua dalam pasaran sentiasa menggantikan mesin fotostat mereka dengan mesin fotostat yang lebih baru dengan ciri-ciri yang lebih canggih.

Cuba bayangkan anda telah melabur di sebuah mesin fotostat berteknologi tinggi di ofis anda. Dengan kadar kemajuan teknologi sekarang, kebarangkalian adalah tinggi bahawa mesin fotostat and aitu nanti tidak begitu berguna dalam masa beberapa tahun akan datang.

Jadi, ini menjadikan pilihan untuk menyewa mesin fotostat adalah lebih masuk akal.

Bagaimana Proses Sewa Mesin Fotostat Ini Berfungsi?

Pelbagai syarikat penyewaan mesin fotostat akan membekalkan sewaan mesin fotostat selepas anda menandatangani kontrak.

Kontrak selalunya akan berfungsi dalam tempoh 12 hingga 60+ bulan, bergantung kepada persetujuan awal dengan pembekal mesin fotostat.

Pastikan anda sudah membaca semua klausa persetujuan sebelum tandatangan. Anda akan selalunya mendapati bahawa anda penyewa bertanggungjawab dalam pemilihan vendor dan kualiti servis yang anda akan terima.

Walaubagaimana pun, setelah anda tandatangani kontrak, kontrak adalah sama terikat untuk kedua-dua pihak.

Sewa Mesin Fotostat vs Perjanjian Servis

Sewaan mesin fotostat hanya berkisar tentang mesin fotostat yang di sewa, perjanjian servis pula mengandungi lebih banyak aspek termasuklah bilangan tempahan, bantuan daripada jauh, penyelenggaraan mesin, perkhidmatan waktu henti mesin dan lain-lain lagi.

Jadi, secara ringkasnya sebuah perjanjian servis ialah kontrak yang anda akan buat bersama penyedia servis berkenaan semua servis yang akan mereka bekalkan kepada anda pada sekian-sekian harga.

Jenis-jenis perjanjian sewa mesin fotostat yang wujud?

Ada dua jenis persetujuan sewaan mesin fotostat.

Pertama adalah Persetujuan Sewaan Mesin Fotostat Pintar, dan satu lagi adalah Sewaan Nilai Pasaran Adil (SNPA).

Persetujuan yang pertama menggabungkan servis dan langganan sewaan anda ke dalam satu persetujuan yang sama. Ini sangat membantu jika anda mempunyai beberapa lokasi berasingan dan ingin menerima semua bil ke dalam satu bil yang sama setiap bulan.

Ianya bermanfaat untuk perniagaan kerana mereka akan menerima penyatuan bill bulanan mudah berbanding perlu membayar nya secara berasingan.

Dalam Sewaan Nilai Pasaran Adil (SNPA), persetujuan sewaan adalah berkecuali daripada langganan servis, menjadikan ianya lebih mudah untuk membatalkan kontrak tersebut.

Sekiranya anda perlu membayar pelbagai bil berlainan, SNPA kelihatan lebih rumit, tetapi ianya lebih berbaloi jika anda adalah hanya satu bisnes.

Anda tetap perlu melunaskan pembayaran mesin fotostat anda, tetapi ianya memberi anda fleksibiliti untuk menukar penyedia servis sewaan mesin fotostat anda.

Persetujuan sewaan pintar pula agak sukar bagi perniagaan jika anda cuba untuk menamatkan persetujuan servis mesin fotostat. Tetapi sekiranya anda gembira dengan keadaan semasa penyedia servis anda, ianya adalah bijak untuk anda memilih jenis sewaan mesin fotostat pintar di mana anda akan mendapat bil secara kelompok pada hujung bulan kelak.

Apa yang perlu anda kaji dalam perjanjian servis mesin fotostat anda?

Apabila and amula meneliti kontrak anda, pastikan pemeriksaan yang teliti di jalankan untuk klausa-klausa di bawah:

  • Pembaharuan Automatik
  • Perlanggaran Kontrak
  • Caj Penamatan Awal

Baca juga faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum menandatangani kontrak sewa mesin fotostat anda

Kenapa Kos Servis Mesin Fotostat Anda Meningkat?

Apabila anda menandatangani sebuah kontrak servis mesin fotostat, syarikat penyedia servis akan membekalkan sebuah mesin fotostat baru kepada anda.

Untuk setahun dan dua tahun pertama, pastinya tidak akan ada sebarang masalah berkenaan fungsi mesin tersebut.

Tetapi, semakin lama tempoh masa, masalah-masalah mula muncul, ada bahagian dan alat yang perlu di baiki dan di ganti.

Juruteknik mesin akan menggunakan alat “Pencegahan Penyelenggaraan” untuk memastikan mesin terus berfungsi dengan lancar.

Jadi, jika anda terfikir kenapa kos servis mesin fotostat anda semakin meninggi tahun demi tahun, ianya adalah kerana mesin anda semakin tua dan juruteknik perlu menggantikan alat dalaman lama kepada yang baru.

Apa Yang Perlu Anda Kaji Sebelum Membatalkan Perjanjian Sewa Mesin Fotostat?

Jika anda ada merancang untuk menyewa sebuah mesin fotostat, ada beberapa aspek utama yang mesti anda ambil kira sebelum bersetuju dengan sebarang kontrak.

Kebanyakan kontrak di cipta untuk melindungi pihak yang mengeluarkan kontrak tersebut daripada pelbagai situasi.

Ini adalah beberapa perkara yang perlu anda periksa terlebih dahulu di dalam sebuah penyewaan mesin fotostat:

Perlanggaran Kontrak

Undang-undang Malaysia sangat tegas dalam melaksanakan sebuah kontrak melibatkan servis, jadi ianya sangat mencabar untuk melanggar sesebuah kontrak sewaan mesin fotostat.

Satu satunya cara untuk tamatkan kontrak adalah melalui kecuaian kasar daripada pihak penyedia servis. Sekiranya anda merasakan servis mereka adalah perlahan atau mesin mula rosak, anda boleh menambah isu kecuaian kasar ini.
Akan tetapi, buat masa ini masih tiada peruntukan undang-undang lagi untuk isu ini.

Untuk mengetengahkan isu kecuaian kasar ini, ianya mesti lah datang daripada sudut yang ekstrim, di mana contoh nya seperti tidak pernah datang untuk membaiki mesin setelah berulang kali memberi ulasan atau tidak pernah menyelenggara langsung mesin fotostat anda.

Sesebuah penyedia servis yang berkualiti pastinya akan membina jenama dan kepercayaan terhadap syarikat mereka melalui ap acara sekalipun, walaupun mereka terpaksa mengakui kesilapan mereka dan membenarkan syarikat anda untuk menamatkan persetujuan ini.

Pembaharuan automatik

Ini merupakan sebuah klausa yang wujud dalam persetujuan kontrak di mana ianya membenarkan pihak penyedia servis untuk memperbaharui sesuatu persetujuan dengan mana mana bisnes.

Sekiranya wujud klausa ini dalam kontrak, anda perlu memberi surat notis sekurang-kurangnya 30 hingga 60 hari sebelum menamatkan kontrak anda.

Kegagalan untuk membuat sedemikian akan mengakibatkan kontrak di perbaharui secara automatic selama 12 bulan lagi (bergantung pada persetujuan). Pastikan anda sedar sepenuhnya mengenai prosedur pembatalan kontrak bersama pihak penyedia mesin fotostat.

Caj penamatan awal

Sebelum memasuki sebarang kontrak, pastikan anda sedar tentang sebarang caj penamatan awal.

Sesebuah syarikat mesin fotostat selalunya akan mengenakan denda kepada mana-mana syarikat pelanggan yang melakukan penamatan awal seperti yang termaktub dalam Akta Kontrak Malaysia.

Sebahagian penyedia mesin fotostat juga turut mengenakan denda sekiranya anda melanggar Surat Niat Dasar, dan sebahagian lain akan memastikan anda melunaskan keseluruhan persetujuan awal seperti dalam kontrak.

Enam Cara Untuk Tamatkan Perjanjian Sewa Mesin Fotostat

Dengan memeterai sebuah perjanjian sewaan mesin fotostat, anda kini terikat dengan sebuah kontrak bagi tempoh masa dan nilai bayaran yang di persetujui.

Akan tetapi, masih ada beberapa cara spesifik yang boleh anda lakukan untuk membatalkan persetujuan sewaan mesin fotostat yang tidak lagi anda perlukan.

Mari kita bincangkan bagaimana prosesnya.

1. Kaji semula syarat-syarat pembatalan

Apabila anda sudah bersedia untuk membatalkan kontrak, pastikan anda kaji semula persetujuan kontrak tersebut sekiranya sebarang terma atau klausa pembatalan ada di sebut, berserta sebarang denda sekiranya berlaku pembatalan awal.

Jika anda boleh menanggung kos tambahan yang berlaku akibat daripada pembatalan awal, maka teruskan sahaja tindakan anda ini

2. Lihat pada sebarang klausa yang mungkin berguna

Cuba lihat pada kontrak persetujuan secara lebih teliti samada semua jaminan prestasi sudah di patuhi atau sekiranya berlaku perlanggaran jaminan yang membenarkan anda untuk membatalkan kontrak tersebut.

Sekiranya anda menemui sebarang klausa yang tidak di patuhi, pihak penyedia sewaan boleh di persoalkan untuk pembatalan kontrak daripada pihak anda.

3. Bayar semula nilai sewaan

Ini adalah pilihan yang bagus sekiranya anda tidak mahu terlibat dengan sebarang denda. Walaubagaimanapun, dengan melakukan ini, anda akan terikat dengan sesebuah mesin fotostat yang tidak lagi anda mahukan.

Anda boleh cuba untuk menjual mesin tersebut untuk mendapatkan sedikit keuntungan, namun harga mesin fotostat lama selalunya adalah sangat rendah.

4. Periksa surat persetujuan untuk sebarang klausa andaian

Menyewakan mesin fotostat sewaan anda kepada orang lain juga adalah satu langkah bijak untuk meloloskan diri anda daripada membayar bayaran bulanan.

Cuba periksa sekiranya ada sebarang klausa andaian di dalam kontrak yang membenarkan orang lain untuk menyambung kontrak anda.

5. Melalui pemindahan sewaan

Syarikat penyewa lain sanggup melakukan urusan sewa beli jauh daripada pesaing mereka.

Dalam sebuah kontrak sewaan baru, masukkan sekali klausa untuk sewa beli di dalam terma dan syarat kontrak. Ini membenarkan penyewa baru sewaan untuk mendapatkan sebuah mesin fotostat baru daripada anda.

Setelah urusan pemindahan sewaan di buat, penyewa baru akan bertanggungjawab untuk melunaskan baki bayaran yang anda ada dengan pembekal lama anda.

6. Bincang dengan penyedia servis untuk pembatalan awal sewaan

Cara ini boleh di lakukan sebagai langkah terakhir jika semua di atas gagal. Anda boleh berbincang dengan syarikat penyewa untuk pembatalan awal kontrak sewaan anda.

Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Membatalkan Kontrak Sewa Mesin Fotostat Anda?

Sesebuah bisnes selalunya keluar daripada sesebuah persetujuan sewaan mesin fotostat berdasarkan beberapa sebab utama.

Idea utama untuk menyewa mesin fotostat adalah kerana anda tidak perlu mengeluarkan sebuah duit yang banyak serentak bagi membayar mesin fotostat baru setiap kali.

Salah satu sebab lagi adalah kerana keperluan untuk melakukan cetakan pada kuantiti yang lebih tinggi bagi sesebuah projek jangka pendek. Walaubagaimanapun, tidak kisah tentang sebab, ianya adalah rasional untuk membatalkan kontrak sewaan apabila ianya sudah tidak sesuai dengan keperluan anda.

Ini adalah beberapa sebab untuk anda melakukan perkara ini:

Apabila harga penyelenggaraan mesin semakin tinggi, anda perlukan mesin baru yang mempunyai harga kos per unit yang lebih rendah

Sekiranya harga penyelenggaraan adalah terlalu tinggi, ianya adalah tindakan bijak untuk menamatkan sewaan mesin fotostat anda.

Apabila bisnes anda semakin membesar dan memerlukan mesin fotostat baru untuk kuantiti cetakan yang lebih tinggi

Situasi bisnes boleh berubah pada bila bila masa. Anda menyewa mesin fotostat apabila anda hanya mempunyai keperluan yang sedikit pada awalnya.

Namun, apabila bisnes semakin membesar, peningkatan permintaan akan naik, dan ianya mungkin tidak lagi berbaloi/tidak lagi murah untuk anda terus menggunakan mesin fotostat lama dan di telan zaman.

Anda mendapat tahu pesaing anda membayar kos yang lebih rendah pada vendor mesin fotostat yang lain

Ianya adalah sangat logic untuk anda mengelak sebarang kerugian sekiranya bisnes bertindak bijak dengan memilih penyedia servis yang menawarkan servis yang bagus pada harga yang berpatutan.

Sekiranya anda menemukan kualiti yang lebih bagus pada harga yang lebih rendah daripada syarikat lain, adalah di galakkan untuk tidak meneruskan dengan syarikat yang sekarang.

Anda tidak membaca terma dan syarat sewaan dengan hati-hati dan telah menandatangani sebuah persetujuan yang tidak adil.

Menandatangani sesebuah urusan haruslah adil bagi kedua dua pihak. Sekiranya anda menemui bahawa perkara yang anda tandatangan adalah tidak adil dan pihak penyedia sewaan telah menipu atau melakukan muslihat terhadap anda.

Apabila urusan sewaan anda di perbaharui secara automatic sebelum anda ada masa untuk membatalkannya

Kadang-kadang pihak penyedia sewaan akan memperbaharui kontrak anda secara automatic sebelum anda mencari masa untuk membatalkannya.

Sekiranya ini adalah kes yang berlaku, ianya adalah peluang yang bagus untuk anda membatalkan kontrak perstujuaan sewaan mesin fotostat anda.

Apa Perlu Anda Buat Jika Ingin Keluar Daripada Persetujuan Sewaan Mesin Fotostat Anda?

Apabila anda telah membuat keputusan untuk keluar daripada persetujuan sewaan mesin fotostat anda sedia ada, anda boleh cuba ikuti langkah dan tips di bawah.

1. Maklumkan pada pembekal mesin fotostat

Mengikut undang-undang Malaysia, perkara pertama dan paling utama dalam pembatalan sewaan mengikut undang-undang adalah dengan memberitahu syarikat pembekal sewaan mengenai niat anda di sertakan dengan dokumen sokongan.

Adalah di nasihatkan juga untuk anda mendapatkan segala dokumen sah yang berkait dengan kontrak sewaan anda, contohnya seperti rekod komunikasi, maklumat perubahan kontrak, atau sebarang tindakan rasmi.

Ini akan memudahkan anda sekiranya kes anda menjadi lebih rumit di kemudian hari

2. Batalkan pembaharuan automatic pada persetujuan sewaan

Syarikat penyewa selalunya akan menambah klausa pembaharuan automasi dalam kontrak persetujuan.

Ianya selalunya di gelar sebagai “klausa abadi”, di mana ia memerlukan syarikat untuk memberikan notis awal dalan tempoh 30 hingga 180 hari sekiranya anda tidak mahu meneruskan sewaan mesin fotostat anda.

Kegagalan untuk membuat sedemikian akan mengakibatkan berlakukan pembaharuan automatic, yang mana lebih susah untuk anda keluar daripada kontrak sewaan anda.

Ketika menandatangani kontrak persetujuan, periksa betul-betul supaya pencegahan awal di laksanakan dalam menghalang sesebuah kontrak untuk berlaku pembaharuan automatic

3. Bersedia untuk sebarang kos pembatalan awal kontrak

Sesebuah pembatalan sewaan yang berjaya selalunya akan berkait dengan denda pembatalan. Sekiranya anda merancang untuk membatalkan kontrak sewaan anda, pastikan anda bersedia untuk membayar caj bayarannya.

Anda juga akan perlu untuk membayar yuran pembungkusan dan penghantaran mesin fotostat tersebut dengan duit anda sendiri. Nilaikan kos penuh di fasa awal dan sediakan wang keperluan untuk mengelakkan sebarang kejutan di saat akhir.

4. Dapatkan khidmat nasihat peguam

Sekiranya anda was-was tentang beberapa klausa khas di dalam kontrak, di nasihatkan supaya anda dapatkan khidmat nasihat daripada peguam bertauliah.

Ini mungkin kedengaran agak mahal, tetapi di masa akan datang, ianya bakal menyelamatkan anda daripada pelbagai masalah undang-undang yang lain.

5. Pastikan semua perkara di dokumenkan

Sekiranya berlaku sebarang tidakan undang-undang, bukti sah adalah di perlukan bagi menyokong sebab-sebab yang wajar. Pastikan anda sentiasa menyimpan dokumen sah ini bagi menyokong kes anda.

Contoh Surat Penamatan Kontrak Sewa Mesin Fotostat

contoh surat penamatan kontrak sewa mesin fotostat

Kebiasaan nya, persetujuan sewaan mesin fotostat akan mengandungi klausa pembaharuan automatic apabila tiba tempoh akhir persetujuan sewaan.

Pastikan anda sedar sepenuhnya mengenai setiap terma dan syarat untuk membatalkan pembaharuan automatic ini.

Persetujuan sewaan selalunya memerlukan pihak penyewa untuk menghantar surat niat dalam sesebuah tempoh yang spesifik sebelum tamat kontrak. Selalunya tempoh demikian adalah 30 hingga 180 hari sebelum pembatalan kontrak tersebut.

Jadi sekiranya anda berniat untuk membatalkan persetujuan sewaan mesin fotostat anda, pastikan anda menghantar surat niat anda tersebut sebelum tamat tempohnya.

Klik sini untuk muat turun Contoh Surat Penamatan Kontrak Sewa Mesin Fotostat untuk menyampaikan niat anda bagi tidak meneruskan sewaan mesin fotostat tersebut.

Kesimpulan

Walaupun anda mungkin terikat dalam sesebuah persetujuan sewaan yang tidak baik, jangan fikir bahawa anda sudah tersangkut. Pastinya ada cara untuk menamatkan persetujuan sewa yang tidak anda ingini.

Artikel ini ada menyebut mengenai beberapa factor utama untuk anda ingat bagi meloloskan diri daripada sesebuah persetujuan dengan pihak penyedia sewaan mesin fotostat anda.

Anda boleh menilai dengan hati-hati mengenai keadaan semasa anda dan pilih alternatif yang paling sesuai untuk diri anda.

Sedikit nasihat daripada kami, sekiranya anda sedang memasuki sebuah kontrak buat pertama kali, pastikan anda:

  • Baca Kontrak dan terma dengan baik (Ambil beberapa hari untuk betul-betul periksa setiap klausa dan apa makna di sebaliknya)
  • Periksa sekiranya ada pilihan alternatif lain
  • Hubungi peguam supaya kontrak adalah adil buat anda
  • Pastikan tiada klausa yang memetic sebarang caj servis tambahan, klausa pembaharuan, denda dan sebagainya
  • Cuba untuk cari pembekal servis dengan servis yang bagus
  • Dapatkan sewa mesin fotostat jangka pendek untuk menguji servis pembekal

The Copier Guy ialah pembekal mesin fotostat di lembah klang, menyediakan servis sewa mesin fotostat yang berpatutuan. Jika anda memerlukan bantuan dalam menamatkan kontrak anda, sila Whatsapp kami.

the copier guythe copier guythe copier guy
Get A Quote